Makluman


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sedang dalam proses membangunkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang baharu bagi menggantikan sistem e-Data PCB, e-PCB dan e-CP39 dengan fungsi yang sama dalam satu sistem. Majikan akan dimaklumkan tarikh sebenar sistem baharu akan mula digunakan. Bagi memastikan peralihan yang lancar, majikan diminta untuk membuat semakan data pekerja supaya maklumat nama, nombor pengenalan cukai (Tax Indentification Number – TIN) dan pasport pekerja adalah lengkap dan teratur.Data PCB yang tidak lengkap dengan maklumat-maklumat ini akan ditolak dan tidak akan dapat diproses dalam sistem PCB yang baharu. Pembayar cukai/pekerja boleh membuat semakan nombor pengenalan cukai (TIN) melalu e-Daftar di portal MyTAX atau dengan menghubungi pejabat LHDNM. Majikan juga diminta untuk memastikan semua transaksi bayaran dalam sistem PCB semasa diselesaikan sebelum atau pada 15 Januari 2024.

Penerangan Sistem


Sistem e-Data PCB disediakan untuk kegunaan majikan menyemak format dan memuat naik fail teks CP39 secara dalam talian (online). Penggunaan sistem ini dapat membantu majikan menghantar data yang menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan sistem. Sila semak emel dan klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun setelah mendaftar

Perhatian: Sistem hanya menyimpan data dengan keputusan ujian validasi LULUS dan telah dibuat pengesahan penghantaran data PCB/CP38.

Pembayaran FPX


Pengguna e-Data PCB boleh memilih membuat bayaran online menggunakan perkhidmatan FPX atau di bank terpilih.

 Tarikh terima bayaran adalah tarikh bayaran dibuat melalui FPX.

 Slip pengesahan bank merupakan resit pembayaran oleh majikan.